Suka.

Perasaan suka ni lumrah.
Tak semua yang kita suka, akan jadi milik kita.
Suka ni terbahagi kepada banyak bahagian.
Yang paling menusuk hati, suka pada seseorang.
Tak salah nak suka seseorang.
Yang penting tanam dalam hati.
Jangan terlalu berharap.
Tinggikan ego.

Jerawat

Dia hadir tatkala aku gelisah.
Dia hadir tatkala aku sedih.
Dia hadir tatkala aku kecewa.
Dia hadir tatkala aku tertekan.
Dia hadir tatkala aku tidak mahu dia disisi.

Semakin aku mahu jauh dari dia, semakin dekat dia datang menghampiri.

Tidakkah kau berasa penat mengejar diriku?

Hm, dengan adanya engkau aku seolah seolah jatuh ke bumi.
Rendah diri, malu, benci hadirnya engkau.

Tak mengapa, kau boleh diubati.

Selamat tinggal jerawat.